Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikenakan telah menghadkan pelbagai aktiviti harian kita. Dalam usaha melawan penularan wabak Covid-19, banyak perkara yang kita suka perlu ditangguhkan demi menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling kita.
Apabila duduk di rumah, ramai mencari alternatif untuk menghiburkan diri, seperti mencuba resepi char kuey teow baru untuk mengubat rasa rindu pada makanan-makanan gerai yang digilai ramai rakyat tempatan. Sebelum kehidupan kita berada dalam norma baharu, melepak di warung dan gerai makanan memang menjadi kebiasaan.
Kemeriahan bersantai di warung dan gerai makan memang seronok, lagi-lagi jika kita dapat meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kita sudah lama tak jumpa. Tetapi yang lebih mengasyikkan lagi adalah juadah yang boleh kita dapatkan di warung-warung legend ini. Mari ikut perkongsian ini untuk ketahui juadah yang admin amat rindukan di gerai dan warung kita.
Nasi goreng warung
Kalau diikutkan, nasi goreng memang macam satu hidangan biasa sahaja. Malah, kita sendiri boleh buat sepinggan nasi goreng yang mudah di rumah. Tetapi nasi goreng yang dihidang di warung makan di pasar malam ada satu rasa mengancam yang istimewa! Nasi yang digoreng dalam kuali warung akan mendapat banyak perisa daripada gorengan makanan yang sebelumnya. Ini membuatkan nasi goreng warung sesuatu yang agak luar biasa sekali.
Mi goreng mamak
Siapa yang suka melepak mamak, pasti rindu dengan mi goreng yang lazat disajikan di sana. Mi goreng mamak ini terkenal dengan rasa rempah kari pedas-pedas yang digoreng sekali bersama mi segera yang enak. Walaupun ia merupakan satu juadah yang simple, ada banyak nostalgia yang terpahat pada juadah ini. Ramai akan pesan mi goreng mamak untuk sarapan pagi ataupun sebagai juadah makan malam sambil melepak menonton bola di mamak bersama rakan yang lain.
Char kuey teow
Juara bagi sajian warung yang amat dirindui sekali sudah semestinya adalah char kuey teow. Pasti semua akan terliur bila teringatkan juadah kuey teow goreng berkuah dengan rasa yang cukup umph dan mengancam ini. Lagi-lagi dihidang panas dengan beberapa ekor udang dan kerang, sepinggan char kuey teow memang sering diburu orang ramai di pelbagai gerai makan. Inilah sebab gerai char kuey teow yang dibuka di tepi jalan sering penuh dengan pelanggan yang ingin mencari juadah panas yang mudah, pantas, dan lazat sekali untuk dinikmati.
Jika anda juga merindui hidangan ini, ubat rindu anda di rumah sahaja dengan resepi char kuey teow mudah yang akan dikongsikan bersama dalam nukilan hari ini. Hanya dengan beberapa bahan mudah sahaja, anda dapat sajikan sekeluarga hidangan kuey teow yang menyelerakan ini bersama hasil yang sama sedap macam makan di warung.
Ramuan
- 2 sudu besar minyak jagung
- 2 ulas bawang putih
- 2 sudu besar pes cili
- 100g udang
- 50g sotong
- 50g kerang
- 1 sudu besar MAGGI® CukupRasa™
- 1 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar air
- 450g kway teow
- 2 biji telur
- 100g taugeh
- 100g kucai
- 50g daun bawang
- 15g cili merah
- 2 biji limau kasturi
Cara Penyediaan
- Panaskan kuali. Tumis bawang putih, cili giling, udang, sotong dan kerang selama 2 minit.
- Campurkan MAGGI® CukupRasa™, kicap pekat dan air dan masukkan ke dalam kuali bersama-sama mi, telur, dan sayur-sayuran.
- Masak selama 3 minit sehingga bahan-bahan digaul mesra
- Hias dan hidangkan panas-panas.
Hasil
Memang tak tipu, walaupun resepi ini sangat mudah dan simple, hasilnya amat memuaskan hati. Penggunaan semua bahan mudah ini tadi telah menghasilkan beberapa pinggan char kuey teow dengan keenakan yang sama macam dekat kedai! Tak perlu bahan-bahan rumit, anda masih boleh mendapatkan kelazatan tak terhingga makanan warung dengan resepi char kuey teow ini.
Resepi ini dapat menyajikan 6 hidangan char kuey teow. Untuk banyak lagi resepi yang boleh disesuaikan mengikut saiz hidangan anda, layari sahaja https://www.maggi.my/ms/resipi sekarang.